Apakah yang
perlu kita ketahui apabila / sebelum menandatangani sesuatu kontrak/perjanjian?
Secara umumnya,
sebelum menandatangani perjanjian, antara perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian adalah :-
1.
Parties to the Contract / Pihak-Pihak dalam Kontrak
Harus dipastikan pihak-pihak yang
terlibat di dalam sesuatu perjanjian dinyatakan segala butiran dengan lengkap
dan betul agar tidak berlaku kekeliruan atau sebarang komplikasi yang boleh
menjadikan kontrak itu tidak sah atau terbatal dengan sendiri.
Contoh :
·
Membuat carian kebankrapan di
Jabatan Insolvensi samada melibatkan individu atau badan korporat (syarikat).
Ini penting kerana apa-apa kontrak yang ditandatangani oleh individu atau badan
korporat yang bankrap adalah tidak sah dalam undang-undang.
· Sekiranya pihak terlibat adalah
sebuah syarikat membuat carian syarikat di SSM untuk memastikan syarikat adalah
berdaftar.
2.
Subject Matter (Consideration) of the Contract / Balasan Kontrak
Harus juga dipastikan samada terdapat
apa-apa pemberian sebagai balasan kepada pihak-pihak yang terlibat.
Contoh :
·
Perjanjian Jual Beli sebuah
rumah untuk sejumlah harga yang dipersetujui di antara pihak-pihak terlibat.
Harus dipastikan bahawa rumah tersebut benar-benar wujud dan pemberian sejumlah
wang sebagai pembayaran dilaksanakan atau disempurnakan.
Rumah tak ada atau wang tak dibayar, maka
kontrak menjadi gagal. Da;am kes seperti ini, antara langkah yang boleh
dilakukan oleh pembeli sebelum menandatangani perjanjian adalah membuat carian
di pejabat tanah mengenai status rumah (wujud atau tidak). Manakala pihak
penjual pula boleh meletakkan pembayaran deposit sebagai syarat menjual rumah.
3.
Term of Contract / Tempoh Kontrak
Pastikan samada kontrak ada menyebut
secara specific tempoh masa yang diperuntukkan untuk sesuatu kontrak
berkuatkuasa. Ini bertujuan memastikan pihak-pihak terlibat komited dalam
melaksanakan perjanjian.
Contoh :
·
Perjanjian jual beli rumah
biasanya ada menyatakan tempoh masa untuk penyelesaian selama 90 / 120 hari.
Kelewatan dari tempoh dikenakan denda ke atas pihak yang mungkir.
4.
Payment Terms/Pembayaran
Sekiranya sesuatu kontrak melibatkan
sesuatu balasan pembayaran, maka seeloknya diteliti bagaimana cara atau kaedah
pembayaran akan dilaksanakan dan samada terdapat penalti sekiranya kaedah
pembayaran tidak dipatuhi.
Contoh :
·
Perjanjian Jual Beli rumah
biasanya menyebut tentang kaedah pembayaran seperti pembayaran deposit semasa
menandatangani perjanjian dan baki dijelaskan dokumen-dokumen pindahmilik
diselesaikan tertakluk kepada tempoha masa yang ditetapkan.
· Perjanjian Pinjaman (Loan)
****Loan dengan institusi kewangan yang sah yeee.. bukan ah long****
Biasanya pihak kewangan akan
menyerahkan wang secara lump sum kepada peminjam dan tempoh bayaran balik
bermula sebulan (biasanya ditekan BIASANYA) selepas pemindahan wang dilakukan.
***Untuk confirmation rujuk pada badan kewangan terbabit****
Yang harus diteliti dalam perjanjian
pinjaman bukanlah bila wang akan diserahkan TETAPI BILA pembayaran balik
bermula dan segala faedah (interest) seperti faedah lewat (late penalty
interest) yang kebiasaannya memang kita selalu tak perasan.
5.
Exit Clause / Penamatan Kontrak
Harus juga diberi perhatian bagaimana
sesuatu kontrak itu akan ditamatkan kerana biasanya di sinilah banyak konflik
akan berlaku.
Contoh (antaranya) :
·
Adakah kontrak tamat dengan
tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan?; atau
· Penamatan secara persetujuan
bersama semua pihak tanpa mengambil kira tempoh masa yang ditetapkan?; atau
·
Penamatan oleh satu pihak
setelah satu pihak melanggar syarat perjanjian (breach contract)?; atau
· Bencana alam (Act of God /
Force Majuere) yang menyebabkan pihak tidak dapat meneruskan kontrak?; atau
· Terdapat tindakan Undang-Undang
(sivil atau jenayah) ke atas satu pihak seperti kebankrapan, jenayah rasuah dan
lain-lain?; atau
·
Isu keselamatan Negara
(National Interest)?;
6.
Gantirugi / Damages / Compensation
Bila berlaku pembatalan / penamatan
kontrak adakah pihak yang terkesan (teraniaya) daripada pembatalan/penamatan
tersebut akan dibela/digantirugi (indemnified)
Di sinilah kita akan perhatikan
klausa yang berbunyi “Indemnity Clause”.
7. Terma-terma lain seperti Undang-Undang Terpakai (Governing Law), Penyelesaian
Pertikaian (Dispute Resolution) samada melalui Mahkamah atau Timbangtara,
Penyampaian Notis (Notice), dan lain-lain.

No comments: